Wednesday, May 17, 2017

Perginya Seorang Teman

Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita bahawa seorang rakan sekolah kami telah kembali ke rahmatullah. Ya Allah, saya terkejut dengan berita ini. Sungguh saya tak nak percaya pun.

Saya teringat 2 tahun lepas, beliau ada datang rumah saya untuk belajar menjahit. Sambil belajar, kami bersembang hal kami masing-masing. Sempat juga imbas kembali zaman sekolah dahulu. Seronok kami bersembang.

Dalam seronok kami berborak, ada juga beliau ceritakan kisah hidup beliau kini. Saya kagum dengan beliau. Disebalik wajah yang sering senyum dan sering berjenaka, terselit penuh cerita sedih. Semangat beliau kuat.

"Rehatlah Naz, Allah tahu yang kau dah penat. Allah tahu ini yang terbaik buat kau. Allah sayangkan kau Naz. Aku doa yang terbaik untuk kau Naz. Semoga roh kau dicucuri rahmat. Semoga kau tenang di sana Naz 😭😭"
Alfatihah buat teman saya Nazrina Hj Bunandar.

Teman saya telah selamat pergi. Kita pula entah bila masanya. Adakalanya berita seperti ini, Allah sampaikan untuk beri peringatan kepada kita bahawa giliran kita selepas ini pun akan tiba. Dunia hanya sementara, akhirat kekal selama-lamanya.

Kita semua bakal menyusul.

"Tunggu aku Naz, kita akan jumpa di sana"

Semoga anda dapat sedekahkan Alfatihah buat teman saya ini.

Terima kasih.

#blogger
#zeelalamin

No comments:

Post a Comment