Thursday, May 18, 2017

Rupanya Ramai Sayangkan Akak

Tak sangka sebenarnya akak dapat respon dari post akak sebelum ni. Tqtqtq semua. Kiss and hug untuk you all semua 😘😙.

Sebenarnya hari ini, akak keluar rumah dari tengahari. Biasanya Alya ok je. Tiada masalah pun. Saya keluar bawa Danial juga untuk bantu tengokkan Alya. Tapi entah kenapa hari ini Alya tak nak duduk di kerusi dia. Danial pujuk pun dia menangis. Akak berhenti tepi jalan dah berapa kali untuk susukan Alya tapi Alya tetap juga menangis.

Akhirnya akak pun tawakal, bawa kereta sambil akak susukan Alya. Pertama kali akak bawa kereta sambil susukan Alya. Tetapi akak bawa kereta perlahan-lahan. Mulut pula tidak berhenti-henti berzikir. Sungguh akak risau. Tapi akak kena kuat. Akak tiada pilihan kerana hari hampir malam.

Itulah kisah akak hari ini.

Terima kasih buat teman mukabuku yang beri respon. Akak sayang semua 💜💜

Love,
Zeela Lamin
Perunding Hartanah Bakal Berjaya
Agensi Propland

#akaksado
#akakbudakkampung
#akakkenekuat

No comments:

Post a Comment