Friday, May 19, 2017

Aku Sibuk

Kita selalu cakap kita sibuk. Betul tak? Memang betul kita ini semua sibuk. Semua ada tanggungjawab masing-masing. Nak urus rumah, nak urus anak, nak pergi kerja, meeting, dateline dan macam-macam lagi. Sentiasa sibuk.

Tapi,
Sebenarnya Allah beri kita masa berehat juga. Allah beri kita rehat waktu tengahari, Allah bagi kita rehat bila kerja selesai. Allah beri segala-galanya agar kita tidak kesempitan dalam mencari rezeki.

Tapi,
Kita selalu lupa Dia kan? Bila kita berehat, kita akan tonton televisyen, kita akan layan Facebook, kita akan membeli belah, kita bersenam aerobik. Macam-macam aktiviti kita. Sedangkan kita gagal berfikir, hidupnya kita di dunia ini adalah untuk sembah kepadaNya. Jadi hamba Dia.

Tapi,
Tak salah jika kita akui salah kita dan kembali kepadaNya. Sifat manusia memang pelupa. Hari buat dosa kemudian bertaubat. Esok buat dosa lagi kemudian insaf dan bertaubat kembali. Aneh, Allah itu sentiasa ampunkan kita kerana memang sifat Allah iaitu Allah Maha Pengampun.

Kita bukan tak ada masa tapi kita gagal urus masa. Allah lebih tahu dari kita. Allah beri kita 24 jam sehari kepada kita. Orang yang bijak adalah orang yang bijak uruskan masanya, tetapi orang yang lebih bijak adalah orang yang menguruskan urusan dunianya dan juga urusan akhiratnya.

Cuba kita duduk diam-diam, tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam. Fikir apa yang telah kita lakukan seharian. Ada selit masa kita untuk Allah tak? 😉 Kalau tak mampu duduk ditikar sejadah, kita berzikir sambil buat kerja. Mana tahu kita 'dijemput' ketika kita sedang berzikir. Sama-sama kita urus masa dengan lebih baik.

Percayalah, ramai yang berjaya rata-rata mereka tidak lupakan Allah kerana mereka bijak uruskan masa jumpa pelanggan dan jumpa Allah.

#catatanharian
#ingatanbuatdiriakak
#istiqomah
#salamjumaat
#selawat

No comments:

Post a Comment