Saturday, May 20, 2017

Price Analysis

Sekarang jam 12.40 tengah malam. Saya baru saja selesai semua benda lepas sampai rumah tadi. Mandi, solat, tukar pampers Alya, main dengan Alya dan sekarang terasa nak tidur tapi Alya masih nak main. Alya disebelah saya sambil baring main dengan mainan yang tok mama dia bawa dari Johor Bahru. Baiknya tok mama. Terima kasih tok mama.

Hari ini pula Alya anak saya genap 7 bulan. Tak sangkakan cepatnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dah besar dah Alya.

Hari ini adalah hari saya menuntut ilmu. Demi memantapkan ilmu berkaitan hartanah, saya perlu belajar supaya saya dapat bantu ramai lagi orang diluar sana dalam urusan jual beli hartanah.

Apa yang saya belajar hari ini adalah berkenaan dengan analisa harga hartanah. Ilmu yang kami pelajari ini memberi pemahaman harga supaya tidak menjual dengan harga yang tidak masuk akal.
Menarik. Asking price, transaction price, reserve price dan strategi bagaimana cara jualan. Suka sangat sebab dah tahu bagaimana nak kira harga rumah. Renovation rumah pun boleh dikira tetapi apa yang dilihat ada nilai. Tak semua boleh dikira.

Seronokkan belajar tentang harga rumah. Jam 2.00 petang, kami bersurai. Ada yang balik ada yang tunggu untuk sambung lagi. Saya bergegas turun ke bawah. En. Suami saya yang baik hati tunggu saya di bawah.

'Baiknya En. Suami' kata hati saya.

Saya ketuk cermin kereta,

"Pa, sorry lambat sikit" kata saya.

"Takpe" En. Suami balas.

"Dah habis ke?" En. Suami tanya.

"Ada yang tunggu. Ada yang balik" saya jawab.

"Kalau belum habis papa tunggu" kata En. Suami.

"Takpe. Untuk topik ni dah habis. Jommm" saya balas.

En. Suami kata makan dulu sebelum balik. Sempat kami singgah makan di kedai Kak Wok, TTDI Jaya. Sedap makan di sana. Sempat juga jumpa Kak Lina, tuan punya kedai hamper di sebelah kedai Kak Wok. Cadangnya lepas makan nak cari lagi baju raya budak-budak tapi tok mama nak datang. En. Suami kata balik dulu sebab nanti nak keluar lagi.

Jam 9.00 malam kami bergegas keluar kerana mama saya telah sampai dari Johor Bahru menaiki bas. Setelah jemput mama, kami makan dan terus pulang. Itu saja kisah saya hari ini. Esok nak pergi tengok Hakim, adik saya masuk hospital sebab denggi.

Selamat malam semua.

Catatan oleh;

Zeela Lamin
Perunding Hartanah Bakal Berjaya
Agensi Propland.

#blogger
#catatanharian
#perundinghartanah
#property

No comments:

Post a Comment