Monday, May 22, 2017

Sibuk Bukan Penghalang

Jam kini menunjukkan pukul 10.59 malam. Sampai rumah jam 9.00 malam dan siapkan apa yang perlu di rumah dan kini baru saya dapat nak membuat catatan harian saya. Alhamdulillah syukur, saya mampu membuat semua urusan kerja walaupun agak sibuk sejak Sabtu lepas.

Hari Sabtu, adik lelaki saya masuk hospital. Doktor kata mungkin akibat demam denggi. Tetapi apabila doktor periksa, nyatanya bukan. Adik saya perlu ditahan lagi. Mama dari Johor telah risau sejak Jumaat lagi. Terus mama telefon saya nak turun KL.

Sabtu pagi, badan masih lagi rasa tidak sihat. Batuk dan demam tapi saya perlu kuatkan diri. Alah sakit sikit saja kan. Apalah sangat. Saya bangkit dan siapkan Alya dan juga beberapa urusan lain. Bersemangat tetapi langkah saya lemah.

"Ya Allah, sihatkanlah aku Ya Allah. Aku nak sihat" berulang-ulang kali saya berdoa di dalam hati.

Saya terus siap dan keluar. En. Suami, Irfan dan Danial juga telah siap tunggu saya di luar. En. Suami membuat pecutan F1 kerana saya telah lambat. Fuhhh...gigil lutut bila En. Suami bawa kereta begini. Tetapi kalau saya tidak lambat pun, En. Suami saya ini memang suka bawa kereta ala-ala di Litar Sepang. Jadi, saya ini dah biasa. Ehh, terpaksa biasalah. Nasib baik tiada tempat tekan brek di tempat duduk saya, kalau tidak dah lama saya tekan.

Pendek cerita, saya sampai di Shah Alam.

"Wahhh, ramainya orang. Ada bola ke pa? Ada kereta bawak bendera kuning hijau ni" Tanya saya kepada En. Suami sambil pandang keliling.

"Yelah kot. Tengok ramai yang kuning hijau ni" jawab En. Suami.

"Kedahhh" saya kata.

"Ermmm Kedah" jawab En. Suami.

Sampai saja di Propland, En. Suami tunggu saya naik barulah En. Suami gerak nak jalan-jalan. Sampai saja di atas, cikgu saya dan rakan-rakan telah sampai. Kami belajar mengenai topik Analisa Harga Hartanah. Topik yang sangat menarik. Rumusan dari pelajaran saya hari itu adalah pengiraan harga rumah yang realistik, masuk akal dan tidak jauh dari market value. Saya suka.

Selesai kelas, kami makan tengahari dan pulang ke rumah. En. Suami kata balik rehat dahulu kerana malam nanti nak keluar rumah lagi untuk menjemput mama. Maka, kami balik setelah makan tengahari. Sempat lagi jumpa Kak Lina Hamper.

Semalam, hari Ahad saya dan mama bersiap-siap ke hospital. Nak melawat Hakim. Selepas melawat, lagi sekali misi mencari baju raya tidak selesai. Tahun ini nampak gaya kena cari juga baju semasa bulan puasa kerana cari semalam juga xjumpa.

Sebentar tadi juga saya dan mama melawat Hakim Hakim lagi di hospital. Hati saya masih risau. Semoga Hakim segera sembuh. Kebetulan pula hari ini, sepupu saya Amar Mustafa dan isterinya datang melawat Hakim. Gembira pula rasa. Terasa seperti family gathering. Terima kasih melawat adik hensem saya 😉.

Dalam kesibukan saya sejak Sabtu lalu, group watsapp Propland meriah dengan kawan-kawan yang berjaya membuat jualan rumah. Tahniah kepada team saya kerana berjaya membantu mereka di luar sana untuk memiliki rumah idaman mereka. Hari ini juga ada yang berjaya membuat jualan. Tahniah Tuan Zul dan Tuan Najib.

Esok mama akan pulang ke Johor Bahru. Sedih pula rasa hati. Terasa masa berjalan terlalu pantas.

Kebetulan pula, sesiapa yang mencari-cari rumah teres yang masih lagi cantik dan sedap mata memandang terletak di sekitar TTDI Jaya, boleh hubungi saya.

Sekian catatan saya malam ini.

Selamat malam.

Catatan oleh;
Zeela Lamin
Perunding Hartanah
Agensi Propland

#catatanharian
#blogger
#perundinghartanah
#propland
#zeelalamin

No comments:

Post a Comment