Monday, May 22, 2017

Al-Fatihah Tanda Kita Sayang

Hari ini Danial dan Irfan masih lagi minggu peperiksaan. Saya yang berdebar lebih. Semoga mereka dapat jawab soalan peperiksaan dengan betul. Amin.
Hujan di kawasan rumah saya. Terasa dingin sedikit berbanding pagi tadi. Alhamdulillah syukur Allah masih nak beri kita hujan. Masih lagi nak basahkan bumi kita. Syukur.
Hari ini saya teringat tentang kata-kata seorang ustaz mengenai Al-Fatihah. Besar sungguh kebaikan disebalik Al-Fatihah. Sedekahlah setiap hari Al-Fatihah kepada ibubapa kita, ibubapa mertua kita, suami isteri kita, anak-anak kita, adik beradik kita, adik beradik suami kita, jiran kita, saudara mara kita, rakan-rakan kita dan sedekah juga Al-Fatihah kepada sesiapa saja samada kita kenal atau tidak.
Banyak manafaat apabila kita sedekahkan Al-Fatihah ini. Manafaat baik samada buat diri kita dan orang yang kita sedekahkan Al-Fatihah. Mungkin dengan sedekah Al-Fatihah kita, urusan mereka menjadi mudah. Segalanya jadi lancar.
Andaikata ada orang yang tidak sukakan kita, bencikan kita, menganiaya kita, menghina kita atau apa saja, jangan kita marah tetapi sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka setiap hari. Mungkin satu hari nanti mereka akan berdamai dengan kita. Mungkin satu hari mereka akan mengakui kesilapan mereka.
Al-Fatihah ini tanda kita sayang kepada mereka. Tanda kita kasihkan mereka. Biarpun mereka tidak tahu bahawa kita telah sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Biar semua jadi rahsia antara kita dengan Allah.
Jangan lupa juga sedekahkan Al-Fatihah kepada diri kita sendiri. Tanda kita kasihkan diri kita. Tiada siapa yang akan bantu diri kita selain diri kita sendiri.
Buat kawan-kawan di sini yang baik hati, jangan lupa juga sedekahkan Al-Fatihah buat diri saya. Semoga Allah lapangkan urusan anda dan semoga Allah berikan Syurga sebagai balasan.
Al-Fatihah....
Sekian catatan saya;
Zeela Lamin
Perunding Hartanah
Propland Agency
#catatanharian
#alfatihah
#blogger
#perundinghartanah
#propland

No comments:

Post a Comment