Wednesday, May 24, 2017

If You Cannot Run Then Walk

Hari ini hari yang saya tak boleh nak bergerak ke mana-mana sangat. Alya tersembam. Bibir dia pula bengkak disebabkan tersembam tadi. Hati saya hari ini sepanjang hari timbul perasaan bersalah. Sedih tengok bibir Alya membengkak begitu. Menangis sebentar saya pagi tadi. Begitulah perasaan seorang ibu. Anak yang sakit tetapi ibu turut merasa sakit.

Sambil duduk temani Alya, sempat juga saya baca berita team saya yang rancak memberitahu rumah-rumah yang berjaya mereka jual. Tahniah. Hebat-hebat team saya. Semalam pula ada juga mereka yang bakal membuat jualan lot kedai mencecah 10 juta ringgit. Tahniah Fahmi. Bukan mudah tugas seorang Perunding Hartanah. Daripada cara untuk membeli dan menjual rumah, kami akan bantu sehingga berjaya.

Malam tadi sempat saya membuat ulangkaji analisa harga rumah dan disemak oleh guru saya melalui watsapp. Beliau juga bantu saya menjawab beberapa perkara yang saya kurang mengerti. Saya semakin jelas mengenai hartanah. Baik cikgu saya bantu saya.

Bukan mudah nak berjaya tetapi bukan susah nak berjaya juga. Berapa kali kita jatuh pun kena bangkit semula sebab Allah pun suruh kita berusaha. Itu janji Allah. Kita usaha dan kita dapat. Jika belum berjaya lagi bagaimana? Allah tak sayang kita? Allah benci kita?

Sabar. Kalau belum lagi berjaya, teruskan juga usaha. Allah pasti akan beri. Jangan pernah hilang harapan kepada Allah. Allah Maha Pengasih. Percayalah. Yang penting jangan juga lupa Allah kerana kejayaan yang sebenar-benarnya adalah apabila kita tidak pernah lupakan Allah.

Terbanglah, berlarilah dan berjalanlah walaupun di hadapan itu amat sukar sekali tetapi jangan pernah berhenti. Jangan pernah mengaku kalah.

Sekian catatan saya.

Yang benar,
Zeela Lamin
Perunding Hartanah
Propland Consultancy

#zeelalamin
#catatanmotivasi
#blogger
#realestateagent
#perundinghartanah
#propland

No comments:

Post a Comment