Thursday, May 25, 2017

Beli Rumah Baru Pun Ada Yang Rosak

Mesti korang happy dapat beli rumah pertama kan?

Kegembiraan membeli rumah pertama memang tidak boleh digambarkan perasaannya. Ianya bagaikan mimpi yang menjadi nyata.

Hasil penat lelah dan usaha kita membuahkan hasil. Semua orang pasti gembira dengan rumah pertama yang dibeli.

Tetapi kegembiraan juga boleh menjadi mimpi ngeri apabila apa yang disangkakan tidak seperti yang dijanjikan.

Kebanyakan rumah baru juga mengalami kerosakan. Tetapi ianya juga boleh diatasi sekiranya kita bijak mengatasinya.

Menurut pendapat Joshua Kang yang mempunyai 11 tahun pengalaman di dalam bidang pemeriksaan bangunan dan juga perunding kualiti pembinaan, beliau menyarankan langkah-langkah berikut diambil apabila kita membeli rumah :-

1. LAPOR SEGERA. Apabila mendapat kunci rumah dari pemaju, anda WAJIB membuat pemeriksaan ke atas rumah anda. Jika terdapat sebarang kerosakan, laporkan segera kepada pemaju.

Kebiasaannya mereka menyediakan borang aduan kerosakan rumah kepada pembeli rumah untuk membuat aduan dan diberi tempoh 30 hari dari hari kita mendapat kunci rumah.

JANGAN lambat membuat aduan jika anda tidak mahu mengeluarkan kos pembaikkan. Sekiranya kita telah membuat aduan dalam tempoh 30 hari yang diberikan tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pemaju, anda boleh dapatkan sebut harga dari Kontraktor dan berikan kepada pemaju.

Sekiranya masih tiada tindakan, anda boleh membuat aduan ke Tribunal Pengguna dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju.

2. REALISTIK. Bagi mereka yang membeli rumah 'subsale', kebiasaannya pembeli akan berurusan dengan Perunding Hartanah.

Pastikan harga rumah yang dicadangkan itu adalah harga yang realistik dengan kondisi rumah tersebut walaupun harga rumah yang dicadangkan mengikut market value di kawasan itu.

Setiap kondisi rumah adalah berbeza walaupun market value adalah sama. Dengan mengetahui kondisi rumah, anda boleh membuat rundingan harga mengikut kondisi rumah.

Semoga ianya dapat membantu anda dalam membeli rumah pertama anda.

- Info dari petikan www.starproperty.my

SHARE kat kawan-kawan jika bermanafaat.

Zeela Lamin
Real Estate Negotiator
Propland Consultancy

#propland
#yourpropertypeople
#realestateagent
#rumahpertama
#rumahmampumilik

No comments:

Post a Comment