Saturday, May 27, 2017

Ramadhan Pertama

Alhamdulillah, syukur sekali lagi saya dapat menikmati Ramadhan sekali lagi tahun ini. Syukur juga tahun ini Ramadhan saya lebih meriah dengan kehadiran puteri kami. Syukur nikmat yang Allah beri tidak putus-putus.

Bermula dari jam 4.30 pagi kami bangun menyediakan juadah sahur. Syukur sekali lagi kerana sejak beberapa tahun ini suami saya sering membantu saya menyediakan juadah sahur. Kami sama-sama bekerjasama di waktu pagi. Saya masak dan suami sediakan pinggan mangkuk. Begitulah kami di waktu pagi pada bulan Ramadhan.

Jam 5.00 pagi, kami akan mengejut Irfan dan Danial untuk bangun sahur. Selesai makan dan memgemas, saya bersiap sedia untuk solat sementara menunggu azan Subuh. Setelah itu, masa bergerak pantas. Jam menunjukkan hampir jam 8.00 pagi. Saya berehat sebentar.

Jam 9.00 pagi saya bersiap sedia. Anak-anak turut bersiap sedia.

Saya kata kepada mereka "Jom cepat siap. Mama ada keje. Pastu nak kena carik seluar Danial dengan Ifan lagi"

Irfan dan Danial pun bersiap. Muka lemah je. Muka orang puasa. Macam itulah. Layu je. Seperti yang dijanjikan, saya sampai tepat pada masanya di One Damansara Condominium, Damansara Damai untuk membuat inspection rumah untuk dijual.

Sampai saja saya di kawasan tersebut, saya lihat kawasannya biasa-biasa saja tetapi apabila saja saya sampai di atas, ianya sangat luar biasa. Pemandangan dari atas sangat tenang dan sangat menyenangkan. Ianya sebuah kondominium yang sangat selesa dan kawalan sekuritinya juga sangat ketat.

Selesai bertemu dengan pemilik rumah, kami terus ke One Utama untuk mencari seluar anak bujang saya. Inilah tahun pertama saya sukar mencari seluar mereka kerana masalah saiz seluar. Sebelum puasa kami telah puas mencari dari The Curve ke Setia City Mall dan kini One Utama pula. Jujur saya penat. Tapi demi anak-anak, saya gigih juga mencari walaupun badan tidak berapa sihat.

Yang menariknya di One Utama ini, berpusing-pusing kedai yang sama. Sekejap suka sekejap tak suka. Macam-macam kerenah anak-anak. Saiz pula bila muat, senteng pula. Setelah itu, akhirnya dapat juga seluar mereka. Alhamdulillah dan terbanglah duit-duit suami kerana harga seluar sangat mahal (bagi sayalah). Nak buat macam mana sebab yang mahal saja yang ada saiz....huhu. Suami senyum redha jelah.

Dah selesai misi mencari seluar, kami terus ke bazar Ramadhan. Apa yang best ye kali ini? Tertanya-tanya hati saya. Tapi bila saya sampai tengok bazar Ramadhan macam biasa. Tiada apa yang menarik. Kami beli agar-agar, air jagung dan kambing bakar. Wahh...sedap jugakan.

Kami berbuka di rumah ibu mertua saya. Ibu mertua saya masak lagi sedap. Ayam masak merah lagi. Siap ada siakap tiga rasa dengan paprik. Saya makan macam biasa je. Minum air saja yang lebih. Haus sungguh saya.

Tak sangka hari ini saya berjaya berpuasa walaupun saya breastfeed. Bukan mudah juga nak puasa bagi yang breastfeed. Tekak memang terasa kering sentiasa. Tapi sebagai seorang ibu, saya perlu kuat semangat dan berfikiran positif yang saya boleh dan susu sentiasa banyak walaupun puasa.

Sekian catatan pertama puasa kami.

Selamat malam.

Oleh,
Zeela Lamin
Perunding Hartanah
Propland Consultancy

#blogger
#catatanharian
#perundinghartanah
#zeelalamin
#ramadhan
#breastfeeding

No comments:

Post a Comment