Tuesday, May 30, 2017

Jangan Menangis



Kadang kala kita tak dapat nak sembunyikan rasa sedih diri kita. Kita cuba gembira, senyum dan ketawa tapi Allah lebih mengetahui apa yang kita rasa.

Jangan pernah sedih walaupun kita sedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita.
Menangis dan lepaskan segala kesedihan kepada Allah. Luahkan segalanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar.

Bacalah doa ini. Semoga kita dapat ketenangan.

"Ya Allah, limpahkanlah kepada kami kerana takut kepadaMu akan apa yang dapat berubah diantara kami dan antara kemaksiatanku kepadaMu dan ketaatan kepadaMu yang dengannya dapat menyampaikan kami ke syurgaMu dan keyakinan yang dapat memudahkan kami akan bencana dunia dan senangkanlah kami dengan pendengaran dan penglihatan kami dan kekuatan kami selagi Tuhan masih menghidupkan kami dan jadikanlah ia sebagai pusaka kami semoga Tuhan berkenan menjadikan pembelaan kami terhadap orang yang menganiaya kami dan tolonglah kami dari orang yang memusuhi kami dan janganlah Tuhan menimpakan bencana kepada kami dalam agama kami janganlah Engkau jadikan dunia lebih besar kepentingan kami dan tiada pula sebagai pengalah ilmu kami dan janganlah Engkau kuasakan kami kepada orang yang tidak menyayangi kami"

Amin.

p/s: gambar tidak ada kene mengena dengan ini post. Akak rindu baby tepet nih

#doa
#catatanharian
#blogger
#zeelalamin

No comments:

Post a Comment