Thursday, July 27, 2017

Bermulanya Nota Seorang Perunding Hartanah


Hari ini bermulanya nota sebagai seorang Perunding Hartanah. Sekali lagi bersama ABDR dan Puan Masayu dalam mencari hala tuju penulisan di blog.

Fokus kepada tajuk Hartanah dan ingin menyampaikan ilmu dan nilai kepada mereka yang berhajat untuk mengetahui tentang hartanah.

Mengapa pula hartanah?

Kan kini saya adalah Perunding Hartanah. Maka sudah pasti saya nak bercerita tentang hartanah.

Sebenarnya agak sukar untuk menulis sejak akhir-akhir ini. Ini semua gara-gara disebabkan terbiasa dengan penulisan santai. Di ABDR, kami diwajibkan menulis dengan ejaan yang penuh dan penulisan haruslah seperti karangan mudah peperiksaan. Jadi kaku tangan saya tiba-tiba untuk menulis. Susahnya. Itu yang saya boleh gambarkan situasi saya ketika ini. Saya anggap ini cabaran besar buat saya. But I take the challange.

Doakan saya supaya mampu terus menulis dan sampaikan seberapa banyak ilmu yang saya dapat. Amin.

Ikhlas dari saya,

Zeela Lamin
Perunding Hartanah
REN 23304
Propland Consultancy