Wednesday, August 2, 2017

Peranan Ibubapa Dalam Ilmu Hartanah Kepada Anak-Anak



Bercakap tentang hartanah, boleh dilihat masih ramai lagi anak muda kita tidak mampu membeli rumah. Persoalannya mengapa tidak mampu?

Jika ditanya mereka, rata-rata menjawab wang adalah masalah utama mereka selain kos sara hidup dan hutang terutamanya PTPTN.

Hutang memang satu wabak atau mudah dikatakan penyakit buat ramai orang. Jikalau dibiarkan akan melarat sehingga mampu merosakkan hidup seseorang. Dek kerana hutang, kita mungkin terjerumus dengan pinjaman Along dan lebih parah lagi seusia muda telah bergelar BANKRAP. Sedih dengan statistik dikatakan semakin ramai yang BANKRAP diusia muda. Kebanyakan penyebabnya adalah kerana kredit kad.

Oleh kerana itu, pendapat saya bahawa ibubapa memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Apabila bercakap tentang hartanah, ianya berkait rapat dengan pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan yang betul mampu membuatkan seseorang itu mampu menjalani kehidupan dengan tenang dan gembira.

Ibubapa yang bijak akan menasihatkan anak-anak dan menunjukkan jalan apa yang harus mereka lakukan apabila anak-anak mendapat pekerjaan pertama.

Bagi ibubapa yang bijak, lakukan langkah ini apabila anak-anak anda mendapat pekerjaan. Beritahu anak-anak;

1. Buat simpanan tabung 10% untuk simpanan tetap.

2. Perlunya beli rumah sendiri bila sudah bekerja. Buat tabungan juga untuk duit muka membeli rumah. Jika dapat tutup mata dan tolak tepi RM100 setiap bulan. Duit tabungan ini bertujuan untuk duit muka membeli rumah.

3. Jangan membazir dengan kredit kad.

4. Jangan boros membeli belah. Beli apa yang perlu saja.

5. Selesaikan hutang-hutang yang ada. Contoh PTPTN.

6. Jangan buat hutang baru sekiranya tidak penting.

7. Lupakan melancong ke luar negara. Simpan semua hasrat itu sehingga dapat membeli rumah.

8. Lupakan makan di restoran mewah. Restoran biasa pun banyak yang sedap-sedap makanannya.

9. Lupakan membeli barangan berjenama. 

10. Jangan beli kereta. Sekiranya perlu, jangan beli kereta mewah atau mahal. Cukup sekadar mampu bergerak sana-sini. Lupakan Toyota, Honda dan lain-lain. Beli Axia atau kereta second hand saja.

Sebenarnya banyak lagi tip-tip pengurusan kewangan kita. Kita terlalu beralasan tidak mampu dek kerana gaya hidup kita. Kita nak kelihatan seperti orang kaya walhal mak ayah kita bukannya kaya. Kesedaran dan berpijak di bumi yang nyata lebih mendamaikan daripada kita cuba nak jadi seperti anak orang kaya sedangkan simpanan bank kita pun kosong.

Hanya kita yang mampu mengubah nasib hidup kita dan masa depan kita bermula daripada sekarang.

Sekian tip mudah dari saya.

Zeela Lamin
Perunding Hartanah 23304
Propland Consultancy

No comments:

Post a Comment