Thursday, August 3, 2017

4 Langkah Ini Mampu Membuatkan Rumah Anda Dijual Cepat



Tips ini sesuai di baca oleh mereka yang ingin menjual rumah mereka.

Bagi pemilik rumah yang berhajat nak menjual rumah, sudah pasti anda inginkan rumah anda dijual dengan cepat. Sudah pasti ada perancangan yang telah dibuat dengan keuntungan jualan rumah. Mungkin ada yang ingin membeli rumah yang lebih besar atau menggunakan wang tersebut bagi sesuatu yang penting.

Pastikan anda mengambil langkah ini bagi memastikan rumah anda dijual dengan cepat.

1. Kenal pasti MARKET VALUE rumah anda. Anda boleh semak dengan bank-bank yang ada. Setiap bank berbeza MARKET VALUEnya.

2. Buat ANALISA HARGA rumah anda. Anda boleh semak harga rumah di kawasan anda di portal-portal hartanah seperti Property Guru, IProperty atau yang paling biasa orang tengok adalah di Mudah.com. Lihat berapakah anggaran dijual di sana. Ambil harga yang paling ramai orang jual. Jangan ambil harga yang paling tinggi dan jangan ambil harga yang paling rendah.

Proses ini penting kerana kita ingin lihat adakah harga pasaran bersamaan dengan MARKET VALUE. Sekiranya harga pasaran jauh lebih rendah dari harga MARKET VALUE, maka akan lambatlah penjualan rumah anda.

3. Lantik PERUNDING HARTANAH yang berlesen. Anda tidak akan mampu menjual rumah anda kerana anda tidak mempunyai portal-portal iklan hartanah. Portal iklan hartanah akan mempercepatkan anda mendapat BUYER. Dengan melantik PERUNDING HARTANAH, anda memudahkan tugas anda seperti kerja-kerja menyemak MARKET VALUE dan membuat ANALISA HARGA anda boleh serahkan kepada mereka.

4. Pastikan anda membuat LANTIKAN EXCLUSIVE kepada PERUNDING HARTANAH yang anda lantik. Banyak kelebihan LANTIKAN EXCLUSIVE. Salah satunya adalah anda tidak perlu pening kepala berurusan dengan lebih dari seorang PERUNDING HARTANAH.

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk menjual rumah anda, anda boleh membuat sebarang pertanyaan kepada saya. Saya sedia membantu anda.

Sekian dari saya,

Zeela Lamin
Perunding Hartanah 23304
Propland Consultancy


No comments:

Post a Comment