In Catatan Harian Catatan Perunding Hartanah

Cabaran Seorang Mommy Perunding Hartanah



Menjadi seorang Mommy Perunding Hartanah bukannya mudah. Sebagai seorang suri rumah, rutin harian di rumah amat padat, Malah amat mencabar tetapi penuh keseronokan. Lebih-lebih lagi punya anak kecil yang perlu diuruskan. Bertambah cabarannya. Cabaran seorang mommy adalah masa. Adakalanya sangat letih. Mana nak dikejar, rumah nak kena kemas, masak lagi, basuh baju, sidai baju, baby lagi, nak cari client baru, nak masukkan iklan owner rumah dan macam-macam lagi. Itu belum masuk bila baby meragam the whole day. Memang perlu semangat dan ketabahan yang kuat.

Walaupun penuh dengan cabaran tetapi saya suka dengan kerja saya. Pada pandangan saya, bekerja dari rumah itu lebih banyak kebaikan dari bekerja di luar. Salah satu nikmat yang saya sangat hargai kini adalah saya dapat mendidik dan melihat pembesaran anak-anak saya sendiri. Ini adalah nikmat saya terlepas satu masa dulu. Dulu pergi kerja pagi dan balik malam. Setiap hari begitu. Sedar-sedar anak-anak sudah besar. Alangkah ruginya saya rasa apabila dikenang-kenang.

Kini, dengan adanya baby baru yang kecil, kemana saja saya pergi saya akan bawa bersama. Erti kata lain "takkan terpisah kami". Keseronokan bekerja begini buatkan saya akan kenang saat ini apabila saya tua nanti. Bila Alya dah besar nanti ada juga cerita yang nak dikongsikan bersama-sama.



Kelas Property Guru


Masa ini Alya 7 bulan. Alya teman mama belajar dan Alya pun tak boleh duduk diam.






Kesian Alya penat teman mama dia. #7bulan

Related Articles