Sunday, October 11, 2015

Asah Bakat Penulisan di ABDR





Assalamualaikum semua.

Dah lama saya nak kongsi tentang perkara ini tetapi tidak berkesempatan pula. Hari ini, macam banyak betul masa saya. Sambil tengok pengantin, saya curi sedikit masa untuk menulis tentang ini.

Saya nak tanya. Semua orang suka tak baca setiap penulisan saya? Suka tak baca perkongsian saya? Menarik tak? Saya harap anda suka baca setiap penulisan saya sebab semuanya penuh dengan ilmu dan penyampaian yang mungkin penting dalam kehidupan puan-puan semua.

Saya nak tanya sekali lagi. Setiap penulisan saya, ada tak anda terasa saya sedang menjual? Ada tak anda rasa saya beriya-iya menerangkan bisnes saya? Tiada bukan.

Sebenarnya, inilah rahsianya. Saya melatih diri saya menulis dan menjual secara bersahaja setelah saya mengikuti kelas anjuran Puan Masayu Ahmad. Beliau bukan calang-calang orang. Kelihatan biasa-biasa sahaja tetapi penuh dengan ilmu dan pengaruh.

Anda percaya tak menjual menggunakan medium media sosial, orang rimas dengan ayat menjual. Era kini, orang seperti kita semua lebih selesa dengan penyampaian seperti sebuah cerita. Ianya lebih nampak mesra bukan. Siapa setuju?

Ianya bukan anugerah pandai menulis sebegini walaupun ada sesetengah dilahirkan bijak dalam penulisan. Andai anda ingin berjaya dalam bisnes online anda, saya mencadangkan agar anda asah bakat anda bersama ABDR ini.

Anda bukan hanya dilatih menulis tetapi fokus terhadap apa yang anda lakukan. Apa yang saya gemar adalah perancangan jangka panjang yang diterapkan oleh ABDR adalah cara meletakkan diri kita untuk dikenali. Orang putih kata PERSONAL BRANDING.

Okey, itu saja yang saya nak kongsikan. Inilah rahsia saya sebenarnya.Selebihnya anda boleh mendapatkan maklumat dari ABDR.

Jangan lupa, ikuti kelas JAHIT BY ARAMAYA yang dianjurkan oleh ARAMAYA tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment