Monday, October 12, 2015

Testimoni Jahit by Aramaya



Assalamualaikum semua.

Moga semua sihat dan ceria-ceria sentiasa. Hari ini rasa tak sabar nak kongsi testimoni yang pernah mengikuti kelas jahit JAHIT BY ARAMAYA. Dah lama simpan testimoni ini. Mesti tak sabar nak dengar kan?

Ok, sebelum itu mari kita berkenalan dengan kakak ini. Nama beliau ialah Siti Aminah bt Hamzah. Orangnya tinggal di Klang. Semasa saya mengumumkan kelas jahit, beliau adalah orang yang pertama daftar. Beliau bersemangat nak belajar. Suka saya lihat kakak ini. 

Pada hari belajar, saya beri kain, pita ukur dan kapur.

Beliau tanya saya "takde kertas ke nak buat pola?"

Saya jawab "takde kak. saya tahu kebanyakannya akan ajar teknik dan pola. Jom saya tunjukkan teknik paling mudah dan cepat"

Beliau pun ikut saja apa yang saya ajar. Dari melakar, memotong dan menjahit. Kemudian siap. Beliau senyum-senyum pandang saya sambil cakap "senangnya dik".

Saya senyum ke arah beliau lalu jawab "ye kak. senang sangat"

Keesokan harinya, beliau segera membeli kain lagi untuk membuat jubah. Bersemangat beliau untuk menjahit lagi. Dengan nada yang gembira beliau hubungi saya kerana terlupa teknik kiraan untuk melakar. Maka, saya bantu sampai beliau berjaya hasilkan jubahnya sendiri.

Apa yang berlaku selepas itu benar-benar diluar jangkaan saya. Beliau gunakan teknik yang sama untuk membuat jubah kanak-kanak. Beliau berjaya menghasilkan jubah kanak-kanak sehingga katanya mendapat permintaan untuk jualan. Saya gembira tak terkata kerana ilmu yang sedikit itu mampu memberi pendapatan tambahan kepada beliau. Tahniah kak. Semoga terus berjaya lagi.

Belajar ilmu yang betul dan ada 'right demand' akan memudahkan anda menghasilkan pendapatan tambahan. Siapa yang nak berkenalan Kak Siti bolehlah cari beliau di FB. Nak tempah jubah pun boleh juga.

Ikuti kami di kelas yang akan datang JAHIT BY ARAMAYA;

Tarikh: 17 & 18hb Oktober 2015
Tempat: Saujana Utama 2, Sungai Buloh

Hubungi/Watsapp 012-3554094 bagi harga EARLY BIRD







No comments:

Post a Comment