Monday, October 12, 2015

Melaka Bandaraya Bersejarah


Salam semua. Hari ini saya rasa gembira sangat nak kongsi kisah percutian kami di Melaka. Sebenarnya bukanlah percutian yang sebenar-benarnya, tetapi ada majlis perkahwinan yang perlu kami hadiri. Disebabkan itu, kami manafaatkan percutian kami. Alang-alang berjalan, kita jalanlah betul-betul. betul tak?

Ok, hari Sabtu kami bersiap awal pagi. Kami bertolak jam 8.30 pagi. Irfan dan Danial paling tidak sabar. Nak mandi 'swimming pool' katanya. Hihi...cutekan anak-anak. Kita pergi Melaka sebab nak pergi kenduri kahwin tetapi mereka nak mandi 'swimming pool'.

Kami sampai Melaka lebih kurang jam 10.30 pagi. Lebih kurang 2 jam perjalanan kami. Saya keletihan sebenarnya kerana membuat persediaan kelas JAHIT BY ARAMAYA dan membuat persediaan untuk koleksi baru ARAMAYA yang akan datang tidak lama lagi. Kalau semua nak tahu, sebenarnya saya datang Melaka hanya benar-benar nak berehat. Sepenuhnya berehat.

Sebelum ke Melaka, saya membuat persediaan satu minggu awal. Kesian suami saya. Setiap hari saya telefon nak tahu perancangan beliau ke sana. Maaf ye En. Suami kerana punya isteri yang sangat perancang. Tapi saya memang begini. Faktor genetik katanya. Ohh ye PURPLE BRAIN. Jadi bersabar ye wahai En. Suami.

Saya merancang kerana banyak sebab. Pertama, saya nak berjimat. Kedua saya nak selesa dan ketiga saya nak semua orang gembira. Best tak perancangan saya. Mestilah best!!

Saya berjimat sebab nak 'booking' hotel. Booking menggunakan Agoda memang sangat jimat. Kami meninjau hotel-hotel yang ada di Melaka. Mencari yang berdekatan dengan dewan majlis perkahwinan. Akhirnya kami memilih Beruang Hill. Ini kali kedua kami ke sana. Sangat privasi dan selesa. Sesuai untuk mereka yang ada keluarga. Harga juga berpatutan. Kalau anda nak ke Melaka, saya memang 'recommend' anda tinggal di sini.

Setelah malis selesai, saya jumpa dengan kawan saya Ayu. Ohh, kalau singgah Melaka wajib jumpa si dia ini. Ayu jemput saya di hotel. Katanya kesian kalau jumpa satu keluarga, risau suami saya bosan lihat kami berbual panjang. Sungguh kami berbual panjang. Kami dahulu kerja di satu cawangan semasa di Maybank. Jadi banyaklah cerita. Cerita juga tentang perkembangan masing-masing. Pendeknya masa, rasa macam tak puas jumpa. Nanti kita jumpa lagi ye Ayu.

Setelah itu, saya berkunjung ke rumah Kak Long, saudara suami saya. Kami makan dan berbual. Cadang mereka nak ronda-ronda Melaka, tapi saya betul-betul dah tak larat. Yelah, kan dah kata sebenarnya datang Melaka nak rehat...hihi. Dalam hati ini sebenarnya nak juga ronda-ronda. Yelah, bukan selalu datang Melaka ye tak? Tapi sungguh saya dah tak boleh paksa badan saya. Saya perlu rehat.

Keesokan hari, kami dah rancang nak pergi ke dua tempat. Suami saya nak tengok Kapal Selam. Saya pula nak pergi rumah terbalik. Masa nak pergi tengok kapal selam, saya tanya suami saya "best ke tengok kapal selam? macam boring je"...hihi saya rasa macam tak ada apa-apa pun yang menarik tentang kapal selam. Anda tahu tak suami saya jawab apa? "tulah mama tak tau. orang lelaki je yang tau"...hahaha...saya gelak dalam erti kata macam tak boleh terima saja jawapan suami saya. Nampak tak minat orang lelaki berbeza dengan orang perempuan.

Sesampai kami di tempat Kapal Selam, kami beli tiket. Dewasa RM3.00, kanak-kanak RM1.00. Saya masuk sambil kagum. Ini Kapal Selam lama. Wahhh....menarik. Ini zaman perang dulu-dulu. Memasuki dalam Kapal Selam, saya cuba selami dan menghayati kehidupan mereka yang bekerja di dalam Kapal Selam ini. Saya tabik spring dengan mereka. Mereka punya semangat jihad yang tinggi nak mempertahankan negara. Betul. Bayangkan laluan yang sempit. Dapur, bilik dan bilik air sangat sempit. Seperti tidak boleh bernafas saya duduk di dalam Kapal Selam itu. TLDM memang hebat. Saya tak mampu jadi seperti mereka. Bujang mungkin ya kerana saya memang sukakan perjuangan. Semangat saya jadi tinggi apabila berjuang. Tetapi kini saya telah bekeluarga. Perjuangan demi sebuah keluarga itu adalah jihad bagi saya. 

Saya ke sana bersama keluarga mertua saya. Mak mertua, ayah mertua, kakak ipar dan saudara suami saya. Semua gembira sungguh melawat Kapal Selam ini.

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan kami ke Bandar Hilir. Misi rumah terbalik...hihi saya suka. Pada mulanya saya ingatkan semua tak berminat. Saya risau juga andai mereka terpaksa ikut saya. Tetapi alhamdulillah. Gembira sungguh mereka. Saya dan anak-anak pun gembira. Suami saya yang tak suka bergambar pun tiba-tiba suka bergambar. Hebat penangan rumah terbalik ni kan.

Hari hampir malam dan kami harus pulang ke Kuala Lumpur. Penat yang tak terkata tetapi kami semua gembira. Selamat tinggal Melaka. Nanti kami datang lagi. Oh ya, selamat pengantin baru buat sepupu suami saya. Tahniah dari kami.



Saya bersama dengan Ayu, kawan saya

BERUANG HILL






breakfast di Beruang Hill

Irfan dan Danial ber'swimming'

KAPAL SELAM

















UPSIDE DOWN HOUSE



























Ayah mertua saya tak suka bergambar. Saya candid gambar ni. Cutekan.




Selamat tinggal Melaka. Kami dah nak balik










No comments:

Post a Comment