Monday, October 12, 2015

Kehebatan Tukang Jahit Terletak Pada Guntingnya


Bismillahirahmanirahim. Hari ini saya nak berkongsi sedikit ilmu saya yang sedikit ini. Walaupun kedengaran biasa-biasa saja tetapi perkara ini sangat-sangat penting buat mereka yang ingin menjahit dan mereka yang baru bermula menjahit. Ianya seolah-olah "RULE NUMBER ONE".

Anda percaya tak bahawa kehebatan tukang jahit itu terletak pada guntingnya? Mesti tak percaya kan? Hebatnya tukang jahit itu mestilah terletak kepada ilmunya betul tak? Betul tu tetapi andai tukang jahit itu terlalu hebat ilmu jahitannya tetapi andainya tiada gunting yang bagus, maka ianya tidak mampu menjadikan tukang jahit tersebut seorang yang hebat. Betul tak?

Oleh kerana itu, saya nak berkongsi bagaimana ingin menjadi tukang jahit yang hebat. Selain daripada mesin jahit dan alatan jahitan, gunting sangat memainkan peranan yang besar dalam mencipta baju yang cantik dan menawan. Di sini, saya nak beri beberapa tip memilih dan penjagaan gunting jahitan.

Pilih Gunting yang Mahal.

Mengapa saya kata perlu pilih gunting yang mahal? Ini kerana gunting yang mahal dapat menghasilkan guntingan kain yang cantik. Bukan sekadar saja. Sekiranya anda menggunakan gunting yang mahal, anda akan kurang sakit di pergelangan tangan anda. Siapa tukang jahit, dia tahu ini masalah yang sentiasa dihadapi oleh tukang jahit.

Beli Gunting Jahitan.

Mengapa saya kata begini? Ini kerana di pasaran terdapat banyak jenis gunting. Ada gunting kertas dan macam-macam lagi pastikan pilih gunting untuk memotong kain.

PENTING: Jangan Gunakan Gunting Jahit Memotong Kertas.

Ini sangat penting. Jangan gunakan gunting yang memotong kain untuk memotong kertas. Kalau orang tua-tua kata, ianya seperti PANTANG LARANG. Mengapa saya katakan begini kerana, bahan yang digunakan untuk membuat gunting memotong kain, ianya berbeza dari gunting-gunting yang lain. Terdapat sedikit kandungan magnet selain besi utnuk membuat gunting tersebut. Disebabkan itu, gunting jahitan ini mahal sedikit dari gunting yang lain. Andai anda langgar pantang larang ini. Ianya akan membuatkan gunting tumpul.

PENTING: Jangan Biarkan Gunting Jahitan Jatuh.

Ini juga sangat penting. Anda perlu pastikan gunting jahitan anda tidak jatuh. Gunting jahitan ini manja sedikit sifatnya. Andai terjatuh, barangkali anda akan kehilangan kehebatan sewaktu menggunting kain.

Sekian perkongsian ilmu saya yang sedikit saja. Moga ianya membantu anda. Percayalah bahawa KEHEBATAN TUKANG JAHIT TERLETAK PADA GUNTINGNYA.

Sertai kelas JAHIT BY ARAMAYA pada 17&18hb Oktober 2015. Layari FB Page ARAMAYA untuk maklumat selanjutnya.




No comments:

Post a Comment