Friday, October 9, 2015

Telefon Pintar Gedung Membeli Belah Terhebat

Salam semua dan salam Sabtu. Hari ini pasti semua orang sedang berehat bersama keluarga tersayang. Atau sedang menjalankan tugas harian terutamanya buat ibu-ibu di rumah. Syukur sentiasa kita masih mempunyai keluarga yang masih menyayangi kita.

Hari ini pula saya ada kenduri kahwin di Melaka. Alang-alang ke Melaka, kami berjalan-jalan dan berehat di sana.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah mengenai teknologi yang semakin lama semakin canggih. Semakin mudah menguruskan perniagaan terutamanya mereka yang membuat perniagaan online seperti saya.

Erti kata lain, tiada alasan untuk tidak membuat duit. Tiada alasan mengatakan susah membuat perniagaan. Seperti saya, menguruskan sebuah butik semudah di hujung jari. Semua boleh dilakukan walaupun kita berada di mana-mana jua. Seronok bekerja dari rumah. Betul tak?

Ok, facebook kini memecahkan bahagian-bahagiannya agar memudahkan kita semua. Saya menggunakan Facebook Ads saya dengan mudah menggunakan aplikasi yang disediakan. Tetapi andai anda tidak mahir dengan Ads, dinasihatkan cuba gunakan medium pemasaran yang lain untuk membuat promosi produk anda kerana anda bakal membakar wang anda. Facebook kini semakin rumit. Bak kata pepatah "jangan bermain dengan api".

Bagi blogger pula, kerja-kerja penulisan juga menjadi semakin mudah. Aplikasi blogger juga hanya di hujung jari. Hanya akan ada masalah apabila meletak gambar kerana gambar semuanya akan menyusun di bawah penulisan kita. Tetapi ianya bukan suatu isu dan masalah. Anda boleh edit semula di komputer jika anda mahu.

Jadi, anda juga boleh lakukan seperti saya. Jadikan telefon pintar anda sebuah gedung membeli belah yang hebat.

Jangan lupa sertai Kelas JAHIT BY ARAMAYA oleh ARAMAYA. Layari FB Page Aramaya untuk mendapat lebih maklumat.

Semoga perkongsian saya ini bermanafaat buat semua. Jika anda suka dan rasa ianya bermanafaat, sila like&share, copy&paste.

No comments:

Post a Comment