Thursday, October 8, 2015

Belajar Satu Ilmu, Dapat Tiga Ilmu


Salam semua. Hari ini tiba-tiba saya terasa nak sangat kongsi tentang JUBAH A CUT ini. Tak tahu kenapa terlalu bersemangat nak kongsi. Mungkin saya dapat ilham untuk beritahu semasa saya potong kain. Nak buat blouse. Sedang potong kain, tiba-tiba teringat tentang ini.

Anda semua tahu tak bila anda belajar jahit JUBAH A CUT anda banyak sangat jimat. Bukan sekadar jimat tetapi anda boleh pelbagaikan design baju mengikut citarasa anda.

Anda pernah dengar BLOUSE? atau DRESS FISH TAIL? Mesti anda juga nak belajar cara-cara membuatnya bukan? Kali ini saya bocorkan rahsianya. Dulu saya belajar setiap satu pattern. Yuran juga mahal. Jubah saja saya belajar RM350. Belum yang lain-lain lagi. Sungguh saya tak merungut pun. Saya sanggup bayar walaupun mahal. Saya tahu saya dapat banyak keuntungan daripada belajar. 

Saya dahulu pun tak pandai jahit. Susah bagi saya nak bayangkan kain itu seperti kertas yang perlu saya potong tapi kain ini tak keras seperti kertas. Sukar bagi saya pada waktu itu. Tapi sedikit pun saya tak merungut. Saya cuba juga. Akhirnya, syukur alhamdulillah saya semakin pandai dan semakin berpuas hati. Saya jimat beribu ringgit walaupun saya membayar sebayar RM350. Best tak? Best tau bila pandai jahit.

Itu je sebenarnya nak kongsi. Hanya nak kongsi belajar jahit JUBAH A CUT tapi dapat tahu teknik jahit FISH TAIL dan BLOUSE.

Jadi, nantikan promosi Jahit by Aramaya yang akan dibuka pendaftaran tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment