Thursday, October 8, 2015

Kenangan Bersama Rakan-Rakan Di Seminar SEXY




Hari ini saya rasa nak kongsi kenangan semasa berada di Seminar SEXY. Apa yang saya dah belajar saya dah kongsikan tempoh hari. Gambar yang di atas ini adalah saya bersama Founder Elle Zada iaitu Puan Elle. Beliau sangat muda. Muda dari saya, tetapi masya allah, beliau sangat berjaya. Pemikiran dan perancangan beliau sangat saya kagumi. Beliau bukan hanya merancang hanya berniaga dan menjual tetapi merancang legasi perniagaan beliau. Masya Allah, saya kagumi beliau. Jika anda lihat orangnya, beliau sangat cantik dan sangat berkeyakinan tinggi. Walaupun berjaya tetapi masih tetap merendah diri. Tahniah Puan Elle.

Ok,pada hari pertama seminar, saya bersemangat. Betul, saya bersemangat sangat. Sejak bulan puasa lagi, setelah semuanya selesai, saya mengatur perancangan saya. Sungguh, ianya sangat memenatkan lebih-lebih lagi kepada seorang yang 'low blood' seperti saya. Pitam itu seperti teman. Tetapi semua itu tak pernah mematahkan semangat saya. Saya perlu bangkit. Saya perlu padamkan hari semalam. Saya perlu pandang hadapan.

Maka, hari pertama saya memang bersemangat. Saya lihat baju yang perlu saya pakai. Saya pilih untuk pakai yang simple saja tetapi formal sikit. Oh, rindunya pakai baju-baju yang nampak macam ke pejabat. Cantikkan. Saya ke sana kerana saya perlu belajar untuk memantapkan lagi perniagaan saya. Saya perlu tahu.

Malam hari sebelum saya ke seminar, saya siapkan semua kerja-kerja saya. Kerja rumah saya dan update online saya. Kedengaran mudah bukan? Oh, tidak mudah kerana kerja rumah itu lebih memenatkan dari bekerja di pejabat. Saya buat semuanya secara serentak. Sapu lantai, mop, basuh bilik air, lipat baju, masak dan mengemas. Tak penat ke buat semua? Siapa cakap tak penat. Penat, tetapi saya puas sangat walaupun tidur lewat hari itu. Penting buat saya semuanya teratur dan hati saya akan tenang bila berada di seminar.

Hihi...patutlah saya macam ini. Rupanya PURPLE BRAIN memang macam ni. Semuanya perlu detail, teratur dan perancangan. Penat juga jadi PURPLE BRAIN sebab PURPLE mementingkan kesempurnaan.

Ok, saya sampai awal di sana tetapi telah ada yang sampai dulu. Disebabkan saya ini adalah seorang yang sangat peramah jadi semua saya tegur. Bukan tegur-tegur biasa tau. Tegur macam orang dah kenal, sedangkan saya tak kenal pun mereka. Mesti kawan-kawan di sana macam pelik tengok saya. Yelah, peramah sangat. Hihi...nak buat macam mana. Saya memang macam ini. mewarisi ayah saya yang sangat peramah. 

Mesti semua akan terkejut kalau saya kata yang datang join Seminar ini semua hebat-hebat belaka. Ada peguam, ada 'consultant', ada butik 'owner', ada 'baker' dan ada yang jual air. Ada 'chinese' juga yang 'join'. Hebatkan penangan Seminar SEXY ini. Tak semua yang datang dari 'niche' yang sama. Yang best sekali ada artis yang sama-sama belajar bersama kami iaitu Heliza Helmi dan Yatt Hamzah.  Saya gembira dapat kenal mereka. Kami rapat seperti adik beradik. Sungguh. Walaupun baru kenal tetapi kami serasi bersama.

Okey itu saja nak kongsi. Walaupun baru kenal, saya dah mula rindukan mereka...sob sob. Saya kongsikan gambar-gambar saya bersama mereka. Kenangan itu perlu diabadikan, bukan disimpan. Betul tak?




Yang ini pula saya dengan dua orang baker. Sangat kagum juga dengar cerita mereka.

Saya dengan 2 orang butik owner. Dua-dua sangat hebat. Nanti saya kongsikan.

Cakkk...comelkan Zara

Cute adik Diyaa. Sangat caring dan peramah. Saya suka sangat bercakap dengan adik ni.



Inilah Ibu Hanim. Orang yang ajar kami bagaimana berlagak dengan sopan. Pelikkan dengar? Tapi best perkongsian beliau.


Comel kan Heliza Helmi. Sukakan orang muda yang berusaha memperbaiki diri. Suka dengar perkongsian beliau di Syria. Masya allah, bila dengar terasa beruntungnya kita di Malaysia. Kecilkan orangnya? Tetapi anda pasti takkan percaya yang beliau sangat kuat bekerja. Tidur setiap hari 2 atau 3 jam.

Saya candid gambar mereka yang sedang bergambar. Mesrakan mereka.

Helly bersama Zara, anak Puan Elle dan bersama Diyaa, adik Puan Elle

Tengah break pun Puan Elle masih nak kongsi ilmu

Saya sharing di hadapan.

Comel tak Yatt Hamzah dengan saya?

Ohh...saya sungguh suka lihat gambar ini.

En. Zada, founder dan suami kepada Puan Elle sedang menyampaikan ilmunya.

Puan Elle pula bercakap. Penuh berkeyakinan.

Maysa Allah, comel sungguh artis berdua ini.




No comments:

Post a Comment