Wednesday, October 7, 2015

Bila Tiga Usahawan Bertemu


 Assalamualaikum semua. Harap semua sihat sentiasa. Baru dua hari tak berkongsi apa-apa di blog ini, hati dah rasa rindu. Hihi...itu pun nak rindu ye. Apa la saya ni. Maaf sangat-sangat sebab memang tak sempat. Banyak benda yang perlu saya selesaikan. Masa bagaikan tak cukup bagi saya. Nanti saya bagi tahu kenapa saya rasa masa tak cukup.


Okey, hari ini hati rasa gembira sangat. Entah, saya pun tak tahu kenapa. Dari semalam rasa macam tak sabar. Dari semalam juga asyik tanya adik Ros Atiqah macam mana. Jadi ke tidak? Adik Elly ni boleh datang ke? Yelah, jauh tu Elly nak datang. Dari Nilai dia nak turun jumpa kami. Kami dah rancang sejak minggu lepas. Sebenarnya dah lama rancang tapi baru-baru ini berkesempatan. Lama sangat tak jumpa adik Elly Aleefa ni. Hampir 1 tahun lebih tak jumpa. Lamakan? Tak lama?...lama sangat bagi saya ni.


Akhirnya, alhamdulillah hari ini memang kami berpeluang jumpa. Semasa dalam perjalanan tadi untuk berjumpa adik-adik comel ini, saya bawa kereta sambil saya cakap dengan Allah " Ya Allah, terima kasih Allah kerana bantu aku selalu. Kau tunjukkan jalan sentiasa. Redhailah pertemuan aku hari ini". Ia, sungguh saya 'bercakap-cakap' dengan Allah sambil mengalir airmata.


Saya terasa perjumpaan ini seperti di masa, waktu dan hari yang tepat. Masya allah, semuanya perancangan Allah kan. Kenapa saya macam teruja saja? Best ke jumpa mereka ni? Entah, saya tak tahu. Tak boleh nak jawab dengan satu perkataan. Saya pun bukannya lama kenal adik-adik ini. Kami berkenalan semasa sama-sama belajar di kelas Diploma Internet Marketing dan Sosial Media. Apa yang menarik, kami juga bukan dari kelas yang sama. Mungkin kami ada keserasian. Ohh masa belajar dulu, cikgu kami garang. Hihi...nama dia Irfan Khairi. Ehh, mana ada garang. IK cikgu paling sempoi sekali. Best tau belajar dengan IK.


Ok, kita sambung balik kenapa saya teruja dengan perjumpaan ini. Terus terang cakap. Tiada sebab. Teruja ini datang bagaikan aura dan tarikan yang seperti menarik-narik untuk kami bertemu. Itu saja. Tetapi pertemuan ini sebenarnya penuh dengan ilmu. Kami belajar sesama sendiri. Kami bertukar-tukar pandangan.


Walaupun masing-masing punya pengalaman, punya banyak ilmu, tetapi bila berjumpa, kami tetap rendahkan diri seolah-olah tidak mengerti apa-apa. Ianya mudah bagi saya untuk meresap ilmu-ilmu dari adik-adik ini. Maka, hari ini padat dengan ilmu.


Pertemuan kami hari ini di Hashtag Cafe. Pertama kali saya datang. Adik Ros beritahu yang Cafe ini best sangat. Bila sampai sana, memang bestlah. Boleh datang sini selalu juga lepas ini.


Adik Elly ini sangat pakar dengan dessert yang sedap-sedap. Memang sedap sangat apa yang adik Elly buat. Tadi sempat lagi dia bawa kek cheese oreo dan dessert dia. Ya Allah, sedap dik. Habis diet akak hari ini...hihi...


Jadi siapa yang nak kek sedap-sedap boleh cari adik Elly Aleefa di Facebook ye. Boleh juga cari FB Bake Cute Cakes adik ini. Rugi tak rasa. Saya tanya "Adik belajar kat mana?", dia jawab "belajar dari buku je kak". Ya Allah, memang pemberian Allah kan kelebihan dia. 


Saya pula memang selalu jumpa adik Ros Atiqah. Bukan bersembang bersahaja tetapi banyak perkara yang kami bincangkan. Mungkin ramai yang tidak tahu kepakaran adik Ros Atiqah ini. Saya suka bercakap dengan dia. Orang muda tetapi jiwanya penuh wawasan. Penuh cita-cita. Kalau semua nak tahu, Ros sangat hebat dalam marketing dan management dan apa yang saya suka sikapnya ialah suka membantu orang. Sempat lagi adik Ros ceritakan perancangan D'Cipta nya bersama rakan kongsinya. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang.


Ohh, baru saya tahu dia BLUE BRAIN. Sesuai sangat jiwa adik Ros dengan BLUE BRAIN. Adik Elly pula GREEN BRAIN. Mereka gembira sangat bila dapat tahu COLOUR OF BRAIN mereka. Bestkan bila dapat kongsi ilmu yang kita ada. Dapat tambah nilai hidup orang lain. Saya kongsikan ilmu yang saya dapat di Seminar SEXY hari itu. Perbincangan yang penuh dengan energi dan semangat. Sempat juga saya kongsikan KELAS JAHIT yang akan diadakan tidak lama lagi. Berkongsi juga koleksi-koleksi baru ARAMAYA yang bakal keluar tidak lama lagi. 


Perjumpaan kami yang pendek tetapi padat dengan segala perkongsian. Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat. Perjalanan saya semakin jelas. Satu persatu Allah aturkan. Percaya pada Allah, minta pada Allah, letak semua dan serah semua pada Allah. Insya Allah, Allah akan beri dan bantu kita. Allah kan Maha Kaya. Kalau Dia nak, Dia beri macam tu saja. Saya rasa bersyukur sangat. Perasaan itu macam tak boleh nak cakap. Airmata rasa macam nak mengalir sebab Allah masih sayang saya.


Akhir kata, terima kasih Elly untuk kek dan manisan ini. Sedap sangat. Terima kasih juga pada Ros sebab selalu membantu akak.




 Ya Allah, sedap sangat manisan ini.



Tak sempat sampai rumah. Nak makan juga.


Kek Cheese Oreo. Tengok pun sedap.

Jom kopi-kopi dulu dengan kek.


Bersemangat adik Ros menjawab soalan BRAIN ini.

Jemput makan semua

Say cheers













No comments:

Post a Comment