Monday, October 5, 2015

S.E.X.Y - RM997 TAK BERBALOI LANGSUNG


Bismillahirahmanirahim. Bersyukur kepada Allah swt kerana kita masih lagi aman dan damai. Masih lagi boleh bernafas walaupun berjerebu. Saya nak beri pendapat sebenarnya saya tak sangka dengan apa yang saya dapat di Seminar SEXY ini. Tak munasabah langsung. Bayar RM997. Tak patut langsung.

Kenapa saya cakap tak patut? Sebab ilmu yang saya dapat tu lebih bernilai  harganya. Hihi...saja buat ayat gempak. Sebenarnya macam tak sangka bayar RM997, tetapi ilmunya bernilai seperti RM10,000. Oleh kerana itu saya katakan bahawa ianya tidak berbaloi. Betul tak?

Seperti yang saya janjikan, hari ini saya nak berkongsi apa yang saya dapat dengan SEXY setelah ber'kampung' di Millennium Hotel. Semoga apa yang saya kongsi dapat beri manafaat buat mereka yang baru nak bermula, mencari-cari atau dah lama memulakan bisnes. Semua perkara saya ambil catatan daripada apa yang disampaikan oleh Puan Elle dan En. Zada pengasas kepada Elle Zada. Semua kena baca sampai habis ye. Penat saya mengarang dengan bahasa Melayu baku yang betul ini. Insya Allah.

Sebelum saya melangkah jauh maklumat yang ingin saya sampaikan, sedikit latar belakang Elle Zada saya sampaikan. Founder Elle Zada ini ialah pasangan suami isteri yang sangat muda ketika memulakan Elle Zada. Walaupun ketika itu telah ada pasaran fesyen yang ternama dan terkenal tetapi mereka percaya dengan apa yang mereka mulakan. Baru sahaja 4 tahun berada di dalam pasaran tetapi gerak mereka bagaikan telah 10 tahun berada di pasaran. Apakah rahsia mereka?

Disebabkan persoalan apakah rahsia mereka dan juga mereka juga melakukan perniagaan fesyen, maka saya muncullah di Seminar SEXY ini. Bestkan. Semasa berada di sana, suasana sangat 'happening' dan sangat 'energy'. Lebih menarik lagi, selebriti Heliza Helmi dan Yatt Hamzah juga sama-sama belajar bersama kami. Mereka adalah selebriti yang super kelakar dan peramah. Kita tak rasa janggal langsung nak berbual dan berkongsi apa-apa cerita.

Sebelum memulakan topik-topik perbincangan, Puan Elle menekankan andai kita ingin jadikan bisnes kita 'autopilot', kita perlu faham tentang 'sustainable'. Ramai usahawan suka belajar ilmu Google, Facebook, Instagram dan perkara-perkara yang penuh dengan teknikal. Seperti belajar bawa kereta untuk menjual muatan dalam kereta tetapi tidak belajar macam mana nak buat muatan kereta. Ianya sangat memeningkan sedangkan bisnes sangat mudah dimulakan andai kita faham apa yang perlu kita buat. Faham ke? Okey tak apa, baca lagi ye.

Perkara wajib perlu dibuat SEKARANG. Kita perlu perkenalkan nama bisnes kita. BRANDING itu adalah pengalaman dan emosi. Ianya perlu selari dengan VALUE. Kita perlukan POSITIONING dan BRANDING untuk sampai kepada hati-hati mereka di luar sana. Mereka mungkin kenal kita, tetapi ianya tidak menyuntik EMOSI mereka untuk membeli. Apabila mereka membeli maka ianya menghasilkan RESULT.

Dalam bisnes, kita perlu urus risiko, jangan ambil risiko. Dalam bisnes, perkara yang paling penting kita perlu ada satu skill sahaja, iaitu SKILL BELAJAR PERKARA BARU. Terutamanya online bisnes kerana online bisnes pantas berubah.


  • Dalam bisnes online, fikirkan untuk ambil peluang 1% daripada 16.1 million orang yang melayari internet. Mengapa target 1%? Ianya adalah supaya kita tidak set diri kita kepada kegagalan. Contoh, bulan pertama set 100 pelanggan, bila berjaya set pula 1,000 orang untuk bulan hadapan. Teknik ini dibuat supaya kita tidak merasa kecewa dan akhirnya melupakan bisnes kita.
  • Online bisnes, market trend berubah setipa 3 ke 6 bulan. Kita perlu tingkat ilmu-ilmu online bisnes.
  • Facebook umpama shopping mall besar. Di dalam Facebook ada 200 juta orang berniaga yang membuat iklan. Oleh kerana itu iklan kita semakin sukar untuk reach pelanggan kita. Hanya reach 3-5% pelanggan.
  •  Apa yang kita inginkan dalam bisnes adalah BERTAHAN, BERKEMBANG dan BERTERUSAN. Ini adalah definasi BARAQOH.
  • Mulakan perniagaan dengan bertanya soalan yang betul;
  1. Siapa kita?
  2. Apakah tentang kita?
  3. Mengapa orang perlu berbisnes dengan kita?
  4. Masalah apakah yang telah kita selesaikan?



Sebenarnya ramai orang tersekat di sini. Ia adalah mengenai WHAT, HOW,WHY. Kebanyakan bisnes menjawab WHAT dan HOW. Soalan yang perlu kita jawab adalah WHY. Cuba anda         jawab soalan ini. Andaikata anda tidak mampu menjawab 4 soalan di atas, bisnes ada dalam masalah besar. 




  • "The Business Card Challenge", daripada 4 soalan di atas, padatkan kepada 40 patah perkataan. Apabila orang bertanya tentang bisnes kita, kita perlu jawab dengan 40 patah perkataan. 
  • 40 perkataan ini perlu solid. Bagaimana nak bina 40 patah perkataan ini? Mudah saja. Jawab sehingga hati kita rasa yakin. Jawapan perlu solid. Perlu yakin apabila beritahu orang. Bila kita yakin beritahu orang lain, transaksi perniagan bermula.
  • Mengapa perlu bina 40 patah perkataan? 40 patah perkataan itu penting kerana ia akan memberi satu inspirasi kepada orang dan team member kita. Andai orang ramai terinspirasi dengan 40 patah perkataan kita, mereka akan membeli dari kita. Andai team member kita terinspirasi dengan 40 patah perkataan kita, mereka akan berusaha dengan gigih membangunkan bisnes kita. Hanya dengan 40 patah perkataan, kita akan melihat peningkatan dan impak bisnes kita di luar jangkaan. 
  • 40 patah perkataan perlu diperkatakan dengan 'spoken word' kerana ia akan 'capture the audience'.

  • Personal Branding. 3 langkah personal branding.
  1. Terangkan diri anda.
  2. Bercakap tentang apa yang anda lakukan.
  3. DILARANG merosakkan personal branding anda dengan berkongsi perkara-perkara yang negatif seperti politik dan gosip-gosip.
  • Diri kita adalah BRAND kita. Kita melambangkan BRAND bisnes kita.
  • Perlu ada posture badan yang bagus bila berhadapan dengan orang dan berpenampilan yang melambangkan bisnes kita. 
  • Personal brand perlu selari dengan bisnes kita.
  • Bila buat FB Ads, hanya 3% daripada follower kita sahaja yang boleh lihat iklan kita.
  • Sebelum 'blast' apa-apa sale, beritahu awal-awal kepada pelanggan kita dahulu . Buatkan mereka rasa premium.
  • Gunakan teknik CASPER
          C- Camera
          A- Angle Environment
          S- Style IT
          P- Positioning Content
          E- Engagement
          R- Repeat
  • SPEED. Kenal diri kita sendiri, kita akan menang 50%, kenal musuh kita, kita menang 100%.
  • Ikan yang pantas boleh makan ikan yang besar.
  • Gambar sangat penting untuk sokong 'content marketing' kita.
  • 20 : 80. SPEED sangat penting kerana 20% usaha menyumbang kepada 80% pendapatan.
  • Method gambar

           2013 - Indoor photoshoot
                    - Model mat salleh

           2015 - Zaman sekarang adalah gambar yang REAL PEOPLE MARKETING

  • Observe dan replicate. Cari beberapa idola untuk dibuat rujukan.
  • Set GOAL anda. 1 tahun, 2 tahun dan seterusnya. Bayangkan GOAL anda dan tanya diri anda MENGAPA ANDA INGINKAN GOAL INI?
  • Media sosial.




        FB adalah 'shopping mall' yang cool. Bila kita sharing perkara-perkara yang tidak                   berfaedah, FB tidak suka. Maka, FB akan ketepikan kita lalu membuatkan FB Ad                   menjadi mahal.


  • Cara mencapai GOAL.


  • Apakah USP ( Unique Selling Power ) kita?

  1. Faktor yang membezakan perniagaan kita dengan yang lain.
  2. Perkara yang membuatkan kita ONE OF KIND.
  3. Kita dilihat seperti apa yang dikatakan.
  4. Perkara yang membuatkan kita STAND OUT.
  • Target group yang akan sentiasa bercakap-cakap tentang BRAND kita.
  • Dalam bisnes, tiada istilah ONLINE bisnes dan OFFLINE bisnes. Bisnes adalah bisnes.
  • Pada tahun 2016, orang yang browse google mencecah 80% berbanding 60% sekarang. 2016 juga ekonomi dijangka lebih teruk. Pada masa itu, orang hanya akan membeli dengan BRAND yang mereka kenali dan percayai. Mantapkan BRAND anda kini.
  • Pastikan website kita MOBILE FRIENDLY.
  • Apa yang perlu kita SHARE?
  1. USP
  2. Content Marketing
  3. World of Visual
  4. Reading The Number
  • Cara membina USP
  1. Terangkan target audience anda.
  2. Terangkan masalah yang boleh anda selesaikan.
  3. Beritahu kebaikan yang kita berikan kepada pelanggan kita.
  4. Terangkan janji kita kepada pelanggan kita.
     * Cari masa bina USP. Ada sesetengah bisnes mengambil masa bertahun untuk bina              USP mereka.

  • Trademark.
          Perlu TRADEMARK BRAND kita. Kod bagi fesyen adalah 25.


  • VISUAL IS POWER. Dalam online, apa yang penting adalah GAMBAR.
  • Jadikan FB Profile Picture dimana orang ingin berbisnes dengan kita. Jika kita berjaya jual diri kita, kita berjaya jual bisnes kita.
  • Jadikan bisnes kita yang sering DIINGATI. Contohnya;
  1. Hantar kad THANK YOU.
  2. Jual COMBO.
  3. Sebut nama mereka selalu.
  4. Hubungi mereka selalu.
  5. Jemput mereka ke acara-acara istimewa.
  6. Buatkan mereka rasa PREMIUM.
  • Kenali diri kita.
  1. BRAIN COLOUR
  • Green Brain
  • Red Brain
  • Purple Brain
  • Blue Brain
  1. PERSONALITY
  2. EMOTIONAL DRIVE
  3. COMPETENCY
  • Cipta SUPER FAN. Caranya adalah dengan SERVIS.

Ok, itu saja yang dapat saya kongsikan. Ini hanya rumusan yang saya pendekkan saja. Pendapat saya, jika anda ingin lebih mendapat maklumat adalah lebih baik anda sendiri hadirkan diri ke Seminar SEXY ini. 

Nak cari COACH dan CONSULTANT bagi bisnes anda, carilah orang yang betul. Sebaiknya cari mereka yang telah berjaya. Kebanyakan diluar sana akan mengambil kesempatan terhadap diri kita untuk kepentingan mereka. Mendapatkan nasihat yang salah akan membuatkan bisnes anda bermasalah, tenat dan meninggal dunia..hihi...jangan marah. Gurau je. Tapi betul tau. Di luar sana, banyak ikan jerung dan buaya tunggu peluang nak duit kita. Bagi janji langit dan bintang konon boleh bantu naikkan bisnes kita sedangkan diri sendiri pun belum berjaya lagi. Faham ke? Tak faham tak apa lah. Senang saja. Pergi saja Seminar SEXY ni.

Ohh ya, anda BRAIN apa? saya PURPLE BRAIN. Apa PURPLE BRAIN? Panjanglah nak explain. Penting juga untuk kita tahu kita BRAIN apa. Penting untuk kita faham diri kita dan atur bisnes legasi kita. BLUE PRINT kita. 

Itu saja, saya harap catatan saya membantu anda. Ianya mengambil seharian masa saya untuk menyampai ilmu yang saya dapat ini.

Andai anda rasa ianya berguna dan membantu ramai usahawan lain, sila like&share, copy&paste ye.

Sekian. Selamat malam.



Ikhlas dari,

Zeela Lamin.

No comments:

Post a Comment