Friday, October 2, 2015

Saya Nak BerSEXY Hari ini



Hari ini seawal pagi saya bersiap. Jadual saya sangat panjang hari ini. Dari 9 pagi sehingga jam 10 malam saya di luar rumah.

Sejak semalam saya membuat persiapan kerana saya tahu bahawa minggu ini saya sibuk di luar. Saya siapkan kerja-kerja saya. Semalam semuanya datang serentak. Sample baju siap, poster kelas jahit juga hampir siap. Semuanya saya selesaikan semalam juga. Setelah selesai, saya siapkan rumah. Kemas dan bersihkan. Saya mop rumah saya di malam hari. Biasanya saya buat hari Sabtu tapi disebabkan saya keluar rumah, jadi saya ambil kesempatan siapkan semuanya di malam hari sebelum saya tidur.

Saya rasa lapang dan tenang hati bila rumah bersih ketika saya tinggalkan rumah. Dah menjadi rutin saya berbuat begini sejak dulu. Jika tidak, saya jadi tak seronok fikirkan rumah yang tidak bersih. Setelah siap mengemas malam semalam, saya tidur jam 12 malam.
Hari ini, En. Suami merelakan diri untuk hantar saya. Seronoknya saya sebab tak perlu bawa kereta. Saya suka.

Ok, saya dah nak bermula. Doakan saya ye. Saya nak berSEXY hari ini 

No comments:

Post a Comment