Thursday, October 8, 2015

Edit Mudah Bagi Bisnes Online



Saya nak berkongsi sedikit saja mengenai 'editing' gambar. Terutamanya bagi orang seperti saya yang tidak punya kemahiran yang tinggi dalam meng'edit' gambar. Jadi, apa yang saya kongsikan tidak sesuai buat mereka yang pro. Semi pro sesuai.

Kenapa saya nak sangat berkongsi sebab ianya sangat penting bagi PENIAGA ONLINE. Berniaga di alam maya, kita bermain dengan VISUAL. Jadi VISUAL adalah GAMBAR. VISUAL adalah kredibiliti bisnes kita. Jika kita gagal dengan permainan VISUAL, kita akan kalah dalam permainan bisnes online. Insya Allah, sama-sama kita perbaiki bisnes kita. Saya pun ada juga buat silap dalam VISUAL bisnes saya. Kini, saya sangat berhati-hati dengan setiap gambar yang saya postkan.

Saya harap perkongsian saya membantu. Saya biasanya gunakan yang percuma saja dan yang mudah untuk saya faham. Saya selalunya menggunakan www.pixlr.com dan www.fotor.com. Saya rasa ada banyak lagi aplikasi yang percuma, tetapi saya hanya menggunakan ini saja. Mudah bagi saya. Hasil pun mengkagumkan. Jika anda ingin lebih menampakkan kredibiliti gambar anda, boleh gunakan teknik CASPER yang saya pernah kongsikan di post saya sebelum ini. Selamat mencuba. Ikut saja arahan di gambar ye.

Andai anda rasa ianya berguna dan membantu peniaga online, sila like&share, copy&paste.










No comments:

Post a Comment