Friday, October 9, 2015

Bila Matlamat Semakin Jelas, Kita Semakin Fokus




Pagi ini saya bangun dengan penuh perkara yang perlu saya selesaikan sebelum saya gerak ke Melaka esok. Hari ini saya perlu selesaikan kerja-kerja rumah saya. Rumah perlu kemas dan bersih sebelum saya bertolak. Penting buat saya. Hati tenang bila jalan nanti. Selesai hal rumah, saya perlu selesaikan hal kerja-kerja saya. Kelas Jahit by Aramaya bakal bermula minggu hadapan. Saya terlalu sibuk. 


Hari ini juga, saya ada berjumpa dengan adik saya ini. Kami perlu bincangkan promosi Kelas Jahit by Aramaya. Bincang biasa-biasa je. Sambil-sambil itu, kami bincang perancangan 5 tahun bisnes kami. Perbincangan yang sangat menarik. Walau bagaimana pun, setiap usaha perlu ada doa. Selain kita usaha bersungguh-sungguh, serah seluruhnya pada Allah. Insya allah, kejayaan pasti tiba.


Kami tadi berjumpa di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam kemudian bersambung perbincangan kami di Twenty & Co. Pertama kali saya sampai, saya sangat kagum dengan 'presentation' Twenty & Co. Mereka 'position'kan branding mereka setaraf dengan Starbuck. Siapa rasa nak pergi sana, bolehlah cuba. Makanan yang disediakan juga sedap-sedap belaka.


Dalam perjalanan pulang, terdengar pula lagu Gemuruh, Faizal Tahir. Semangat meresap dalam badan. Teringat pula semasa Seminar SEXY. Bila matlamat semakin jelas, kita semakin fokus. Percaya tak? Tak percaya tak apa lah. Jom layan lagu ini...


Faizal Tahir - Gemuruh

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa



 Cantik sungguh perpustakaan ini.
Cantik dah adik akak sekarang ni...

Yum yum...pavlova dia memang terbaik.




No comments:

Post a Comment