Thursday, December 3, 2015

Dalam Bisnes Perlu Berguru Supaya Kita Dapat Kurangkan Risiko


Assalamualaikum kawan-kawan semua. Terima kasih ye sebab sudi jadi kawan saya. Terima kasih sebab selalu follow saya. Ramai juga yang singgah di blog saya, Google+ saya dan Insta saya. Ini semua link personal saya. Terima kasih sangat sangat. Saya hargai dan sayang sangat pada anda semua tau.


Hari ini saya kongsi satu cerita. Cerita perjalanan saya membina ARAMAYA bermula dari zero modal. Maksud saya modal duit. Betul-betul bermula zero. Saya hanya bermodalkan masa saya saja. Ehh betul ke? Betul. Saya bermula menjual koleksi baju-baju ARAMAYA yang semua dihasilkan oleh saya sendiri. Saya jahit semua baju-baju saya. Asalnya saya adalah seorang Tukang Jahit. Dari seorang Tukang Jahit, saya belajar jalan bisnes yang betul. Saya belajar membrandingkan perniagaan saya setelah saya belajar dengan guru saya, Irfan Khairi.
Dari seorang guru, saya berguru lagi dengan guru-guru lain. Sungguh saya bersyukur dapat kenal guru-guru IM yang hebat dan terkenal seperti Faisal Abdullah, Sifu Jamal, Puan Ainon, Team ABS, PuanMasayu Ahmadd, Elle Zada dan kini saya berpersonal coaching dengan adik Zaza,Nor Zaleha Hasan Basrii. Setiap daripada mereka mempunyai kekuatan ilmu perniagaan yang membina kekuatan ARAMAYA.


Melalui adik Zaza, saya kini semakin memahami fungsi FB dan kegunaan Ads sebenarnya. Banyak sebenarnya yang saya tak tahu yang selama ini saya rasa tahu. Dari setiap guru-guru yang saya belajar, saya semakin memahami perjalanan dan rentak perniagaan fesyen. Ia sebenarnya nampak mudah tetapi ianya tak mudah apabila kita tak buat perkara yang betul.
2016 akan menyaksikan cabaran yang besar dalam ekonomi kita. Andai kita anggap ianya satu penyeksaan maka akan terseksalah kita. Sekiranya kita lihat dari mata hati, ia bagaikan sebuah hint atau peringatan dari Allah bahawa dah tiba masanya kita buat perubahan dalam perniagaan kita. Contoh kalau dulu kita berniaga jual baju di bazar-bazar nampak impak hebat sangat, tiap-tiap bulan berpuluh ribu dapat, tiba-tiba sekarang dah tak ramai beli. Kita dah pening. Jem. Tak tahu nak buat apa. Jangan pening kawan-kawan. Sebenarnya Allah nak uji kita sebab nak bagi lebih pada kita. Cuba kita duduk diam-diam, pandang dalam diri dan fikir apa yang perlu kita ubah.


Mesti tidak ada jawapan kan bila kita cuba fikir. Sama macam saya dulu. Tiada jawapan langsung. Tapi saya tak putus asa. Saya keluar rumah untuk cari jawapan. Ehh keluar rumah? Pergi mana? Tak pergi mana-mana sebenarnya. Saya cari guru. Saya cari mentor yang sama dengan niche perniagaan saya. Saya cari kawan-kawan yang berniaga. Saya cari orang yang positif. Akhirnya, saya dapat jawapannya..


Solusi dari perkongsian saya ini adalah jangan kedekut keluar duit untuk dapatkan ilmu. Saya sanggup habis duit beribu dari saya rugi berpuluh ribu. Setiap bisnes ada risikonya tetapi kita perlu belajar bagaimana nak kurangkan risiko itu. Apa yang penting, kita perlu tanya apa yang kita nak untuk bisnes kita kerana ramai yang berniaga kerana ikut-ikutan. Jangan takutkan risiko. Lagi besar risiko yang anda hadapi, lagi besar pendapatan anda yang akan dapat.

No comments:

Post a Comment