Friday, December 4, 2015

Quran dan Sunnah Adalah Panduan Hidup Kita


Assalamualaikum. Salam Jumaat dan selamat malam buat semua kawan-kawan yang selalu saya ingat dan sayangi. Beruntung dan bersyukurnya kita kerana masih dipertemukan dengan hari Jumaat iaitu hari yang mulia.


Tengahari tadi sewaktu saya sedang pandu kereta menuju ke Ikea, Mutiara Damansara jalan agak sesak dengan kenderaan. Saya dari belalakang jalan jauh memerhati di hadapan sambil berkata dalam hati "kenapa jem ye, jalan takde apa-apa pun. Ok je" detik hati saya.


Kereta bergerak perlahan-lahan. Sampai saja di kawasan yang sesak itu terus mulut saya berkata " Ooo patutlah jem. Takde line jalan rupanya" Kebetulan jalan dihadapan telah ditar baru. Jadi mereka belum sempat buat line jalan.


Maka, terdetik hati saya berkata " walhal manusia di atas jalan bila hilang tanda jalan pun boleh hilang arah, tak tahu nak jalan kat mana, inikan pula kehidupan manusia. Andai Allah tidak turunkan Al-Quran, rasanya macam mana ye dunia ini" secara spontan hati terdetik.


Masya Allah, betul sungguhkan kawan-kawan. Memang kita dicipta bagaikan tidak boleh lari dari panduan. Contohnya kalau jalanraya kena ada trafic light, kena ada penanda jalan. Kalau negara perlu ada undang-undang dan begitulah seterusnya.


Membaca sepotong ayat Al-Quran saja dah boleh ubah hidup kita di dunia dan akhirat tetapi ramai yang tidak nampak semua ini. Allah hijabkan semua hasil-hasil dari mengikut suruhan Allah. Andai pahala itu seperti bentuk wang, emas dan berlian, pasti berebut-rebutlah orang yang mengejarnya sebagaimana kita kini terlalu taksub mengejar wang sehingga kita lupakan Allah swt.


Kisah perjalanan saya tadi banyak memberi message yang dalam pada diri saya. Saya anggap ianya suatu message dari Allah. Allah sampaikan teguran begitu kepada saya melalui hati saya.


Ramai diantara kita termasuk saya juga selalu mengatakan bahawa kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah tetapi cara hidup kita mengatakan sebaliknya. Mari kawan-kawan, belum terlambat lagi untuk kita kembali ke jalan Allah swt. Pintu taubat masih lagi terbuka.


Itu saja catatan saya untuk malam ini. Semoga kisah saya ini dapat memberi sesuatu buat anda semua.

Selamat malam.

No comments:

Post a Comment