Monday, May 15, 2017

Sarapan Pagi

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Dah makan pagi ke belum? Jemputlah makan. Saya sedang bersarapan nasi goreng. En. Suami belikan. Baik En. Suami saya belikan sarapan pagi untuk isterinya.

Sebenarnya setiap hari suami saya akan belikan sarapan pagi untuk saya sejak saya ada bayi kecil ini. Mungkin dia kasihan melihat saya sering kelaparan. Menyusu badan membuatkan saya sering lapar. Pagi-pagi pun saya nak makan berat. Kalau tak saya akan pitam. Bila dapat makan nasi barulah rasa segar sedikit.

Kenapa saya tak masak pagi-pagi? Siapa taknak siapkan semuanya pagi-pagi. Pagi-pagi biasanya saya buat sarapan ringkas untuk Irfan dan Danial. Keluarkan bahan untuk masak makanan tengahari. Kemudian seperti biasa, Alya akan bangun inginkan susu. Alya menyusu badan. Biasanya bila susukan Alya pasti saya terlelap semula.

Terima kasihlah En. Suami kerana memudahkan urusan harian saya. Ok, itu saja catatan pagi saya. Alya sudah panggil saya nak susu.

Sekian.

Zeela Lamin
Perunding Hartanah
Agensi Propland

#blogger
#zeelalamin
#perundinghartanah
#propland